CYBER-THREAT AWARENESS MELALUI PAUTAN EMEL

Y.Bhg Dato' / Datin / Tuan / Puan,

CYBER-THREAT AWARENESS MELALUI PAUTAN EMEL "notifications@cimb-principal.com.my".

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sila abaikan segala notis melalui emel dari alamat emel
notifications@cimb-principal.com.my. Adalah disyaki ia adalah teknik "phishing email" yang digunakan oleh pihak tertentu yang menyamar sebagai wakil bank. Adalah diingatkan bahawa, pihak bank tidak pernah menghantar emel yang mengandungi link laman web mereka kepada para pelanggan yang meminta meng-akses laman web melalui link berkenaan untuk sebarang urusan perbankan atau proses verifikasi.

3. Bagaimanapun jika telah membalas emel berkenaan melalui pautan yang diberikan dan berlaku transaksi yang mencurigakan dalam akaun individu, sila hubungi Pusat Panggilan CIMB dengan segera untuk tindakan lanjut. Bagi pengguna CIMBClicks, untuk memasuki laman sesawang CIMB, sila taipkan alamat URL yang betul iaitu www.cimbclicks.com.my sebelum mula login ke akaun. Ini bagi mengelakkan maklumat akaun terdedah kepada pada pihak yang tidak bertanggungjawab.
4. Sekiranya terdapat sebarang keraguan ke atas transaksi akaun perbankan internet ataupun didapati akaun CIMB Clicks telah diceroboh, sila hubungi talian Pusat Panggilan CIMB di talian 1 300 880 900 atau 03-2295 6100 dari pukul 7:00 AM - 11.00 PM termasuk cuti umum untuk bantuan selanjutnya.

Sekian dan terima kasih.


AMINUDDIN MUHAMMADPenolong Pengarah Kanan
Unit Siasatan Internet & Forensik (SIFU)
Bahagian Penguatkuasa
Tel: 03-88825500 ext. 6652
Fax: 03-88826006



this is serious ok!!!!



ok tu je...bai!


 

No comments:

PROTECTED

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails