Sumpahan Kum Kum

 baru lepas naek lunch dengan akis and dayah..
macam bese la xmelepasi garisan gosip memang tak sah...
abes bab gosip start la cite hantu kan...
mulut memasing memang nak cite sape yang paling
seram punye cite je la kan...
so teringat la cite kum kum tu... 
so sampai je cubicle tros google!
blom tengok pon lagi movie ni...
dan amatlah nak tengok tapi agak kesal sket sbb
hantu die bukan macam hantu yang aku harapkan... bole?!
kecoh nad!

T_T

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sinopsis cite SUMPAHAN KUM KUM


Ringkasnya, filem ini merupakan sebuah kisah seram moden yang berlaku di dalam latar masa masyarakat Melayu yang masih lagi mengamalkan ilmu hitam di dalam kehidupan seharian. Kisah dimulakan dengan imbas kembali Adi dan adiknya Shima di dalam perjalanan untuk bertemu dengan tunangnya, Nurul. Satu peristiwa ngeri telah berlaku di mana Shima telah dibunuh dengan kejam di dalam tandas oleh lembaga misteri. Kemudian, Adi yang kini sudah berkahwin dengan Nurul dan mempunyai seorang anak yang bernama Tini pulang ke kampung untuk melawat ibunya yang sedang nazak. Sejak kelahiran Tini, ibunya Mak Tom tidak pernah mengizinkan cucunya itu pulang ke kampung halaman mereka tanpa sebab.

Mila, seorang gadis yang hodoh dengan wajah yang menggerutu telah berjumpa dengan Mak Tom, dukun yang boleh mengubati wajahnya itu. Namun, akibat degil, Mila dengan sengaja telah melanggar pantang di mana dia tahu yang dia tidak seharusnya melanggar pantang untuk tidak melihat cermin selama 44 hari. Maka, wajahnya yang cantik kembali bertukar hodoh dan setelah puas merayu untuk Mak Tom mengembalikan wajah cantiknya semula, dia perlu meminum darah Sembilan gadis sunti. Sasaran pertama Mila, adalah anak gadis Mak Tom sendiri, iaitu Shima.

Bingung dengan kelibat misteri dan lembaga aneh yang mengganggu hidupnya, Adi menyuruh Nurul membawa Tini pulang ke KL. Buntu dengan keadaan, Adi berjumpa dengan ibu saudaranya, Mak Leha yang menjelaskan mengenai kewujudan hantu Mak Tom dan hantu Shima yang mengganggunya. Namun, sumpahan Mila untuk membunuh dan menghantui setiap anak dara sunti waris keturunan Mak Tom telah membuatkan hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga di rumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada di dalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Babak akhir, di mana babak seram pertarungan antara Hantu Mila dengan Adi di dalam merebut Tini sememangnya sesuatu yang perlu anda saksikan sendiri.

Susunan plot yang kemas dan penceritaan yang jelas adalah satu kelebihan yang patut diberikan pujian kepada penulis skrip, Meor Shariman nampak berhati-hati dengan pilihan bersama pengarah filem ini. Ternyata, kelebihan filem ini juga terletak pada jalan ceritanya yang dirungkai satu persatu dengan cermat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan di dalam penontonan. Walaupun pengarah membawa unsur imbas kembali dengan berulang kali dan menggunakannya lebih dari dua kali melalui elemen mimpi, penceritaan dan bayangan, namun filem ini tidak pernah melupakan penonton yang menonton,

Lazimnya, jalan cerita sesebuah filem diceritakan kepada penonton dengan meletakkan satu garis pemahaman yang dilukis oleh  pengarah dan penulis skrip tanpa meletakkan penonton di baris hadapan. Ini bermakna, jika cerita itu mengelirukan, ini bermakna bahawa pengarah sedang bercerita dengan visual filem tersebut dan bukannya menyampaikan cerita melalui konsep visualisasi yang sejajar.

Untuk filem Sumpahan Kum Kum ini, anda tidak perlu risau dengan perkara itu. Ini kerana, pengarah bijak menyusun aksi yang nampak kemas dan juga dileraikan misteri yang melanda satu persatu. Cuma, masalahnya pada filem dengan kesan khas dan bantuan dari sinematografi yang menarik ini adalah pada gangguan berulang muzik latar yang tidak kena tempat dan sama. Mungkin juga kerana Metrowealth sekarang ini cukup prolifik dengan hasil kerja filem Seram sehinggakan kebanyakan filem seramnya kedengaran sama dan klisye.

Namun, elemen suspens dengan bantuan sinemtografi serta penataan cahaya yang cukup berkesan telah menipu mata penonton dan sekaligus menimbulkan kekaguman. Babak-babak imbas kembali dengan pengolahan warna yang menarik telah memisahkan waktu dahulu dengan garis waktu normal boleh dikatakan merupakan satu pilihan yang menarik dan bijak.

Tidak semua penonton di Malaysia mampu membezakan kewujudan garis waktu yang tidak selari jika tidak melalui pemerhatian dan fokus kepada filem yang ditonton. Filem yang memahami kehendak penonton ini merupakan filem yang berjaya membuatkan bulu roma anda berdiri dan membuatkan anda teringat akan beberapa babak yang ada, terutamanya jika anda memandu seorang diri di kala malam.

Jangan lupa, saksikan filem seram Sumpahan Kum Kum yang telah berada di pawagam sekitar anda. Pastinya kepuasan penontonan dengan tahap keseraman filem ini  juga akan membuatkan anda akan terus menyokong industri perfileman tanah air tanpa jemu.

sinopsis from era.fm
















~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sebenarnye jalan cerite dah lebih kurang dah..
tp hantu die macam laen je dari yang aku lalui mase sekolah dlu?
korang pon mesti penah tau kan pasal hantu kum kum nih...
die bagi salam yang kum tu 2kali...
pastu setau aku hantu ni pakai purdah!
so sape yang sekolah tahun 90-an mesti tau pasal hantu nih..
naek kete kancil, pakai purdah hitam...huhuuu..
scary der!

korang tau ke erti scary?!














tekejuuit kew!?

seyesli aku sendiri pon tekujat tgk blog sendiri... pfft!

T_T

ok tu je...bai!

No comments:

PROTECTED

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails