AWAS!!!! SINDIKET ‘BANK NEGARA’ PALSU

Kalau terima panggilan dari nombor CALL 1 @ no number @ 0060321677722 memperkenalkan diri mereka sabagai pegawai bank (macam-macam bank cimb,maybank @ MBF malaysian borneo finance ) mereka akan sebut nama dan i/c kita dengan betul dan memberitahu mengenai permohonan kad kredit @ permohonan penambahan kredit limit kita dari 10k kepada 20k,kata mereka macam ni 
 
" selamat pagi Encik, semalam pihak bank ada terima pangilan dari pihak encik untuk membuat permohonan penambahan kredit limit utk kad encik yang bernombor 54407400 bla..blaa...blaa..."

sedangkan kita tidak memiliki sebarang kad kredit atau tidak pernah membuat sebarang permohonan penambahan kredit limit di mana-mana bank.
(AWAS INI HANYA PERANGKAP!!!!) 
 supaya kita panic!!!!! gabra sekejapp.

sudah tentu kita sudah terfikir yg maklumat kita telah dicuri utk permohonan kad kredit palsu !!!!
“habis laa aku, mesti org tu dah gunakan kad kredit tu kaw-kaw, beli macam-macam , betul tak?

Kita pun cakap kat pegawai bank palsu tu “ saya TIDAK PERNAH ada kad kredit atau membuat sebarang permohonan”

dalam kepala otak aku terfikir “ aku black list dah hampir 10 tahun pun masih boleh buat kad kredit??? Bira betulll hehehehe
Nanti dia akan balas semula percakapan kita tadi dengan ayat

“BETUL KE ENCIK TIADA SEBARANG KAD @ MEMBUAT SEBARANG PERMOHONAN? TETAPI ENCIK, KAD ENCIK NI MASIH AKTIV DAN ADA MEMBUAT PEMBELIAN DAN PENGELUARAN WANG SEBANYAK RM 9,740.00 DI SENTOSA SINGAPURA CASINO PADA 11/2/12 DAN PIHAK KAMI ADA MENERIMA PERMOHONAN DARI ENCIK UTK MENAMBAHKAN KREDIT SEBANYAK 10K LAGI KE DALAM AKAUN MBF MASTER GOLD CARD ENCIK"


Termenung sekejappppp……..Lagi lerrrr haru biruuuuu kepala kita bila dengar CASINOOOOO!!!! RM 9 ribuuuuuuuuuu sudah keluar…… kekekekeke bila kita menafikan yg kita tidak pernah membuat permohonan atau mempunyai sebarang kad kredit , pihak sendikit terus MASUK JARUM dengan memberi nasihat yang amat dasyat kalah nasihat seorang ibu kepada anak nya

(take care sungguh ) tak pernah aku jumpa bank baik macam ni ) mengatakan yang maklumat kita telah dipalsukan . sendikit akan mencadangkan kita agar membuat aduan terus kepada BANK NEGARA MALAYSIA – KE PUSAT ADUAN KAD PALSU-

sendikit akan berkali-kali MENASIHATKAN KITA supaya cepat-menghubungi BANK NEGARA supaya bank Negara dapat MELAKUKAN SIASATAN ADA TAK PERMOHONAN KAD KREDIT UNTUK AKAUN BANK YANG LAIN . (ni lagi perangkap paling bahaya)

dan diakhir perbualan pihak sendikit akan bertanya 
 
“ Encik ada no BANK NEGARA MALAYSIA???? “

berapa kerat jer org awam akan simpan no tel BNM, betul tak??? kita pun cakap ” Tiada !!” dan sekali lagi jarum akan dicucuk pada kita.

"Ok ENCIK… INI NO TELEFON BANK NEGARA MALAYSIA , ENCIK BOLEH TERUS MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT DI UNIT PEMALSUAN KAD KREDIT DI NOMBOR – 03- 27884722 EXT 1109."
  (sebenarnya ini no sedikit dia org yang berada di KL )

Hehehe saper yang tengah panic sudah tentu ler lepas ni terus call no BANK NEGARA yang diberikan siap dengan ext lagi
tuuuu………….dan bila korang call akan ada sekor pegawai bank palsu akan angkat dan melakukan penyiasatan dan paling best sekali akan dia akan MEMINTA SEMUA NOMBOR AKAUN BANK YANG KITA ADA (MAYBANK,CIMB, BSN, MANGKUK BANK SEMUA LERRR BANK YG KITA ADA) DENGAN ALASAN UTK MELIHAT ADA ATAU TIDAK PERMOHONAN KAD KREDIT UTK AKAUN TERSEBUT, DAN YANG SEBENARNYA AKAN MENGAKIBATKAN DUIT KITA YG ADA DIDALAM AKAUN TU AKAN HILANG HABIS DISEDUTTTT OLEH SENDIKIT INI………..

Kalau korang dapat call dan jln cerita dia lebih kurang macam citer aku ni , aku nasihatkan korang call terus no bank Negara yang sebenar ni dulu untuk menyelamatkan korang kehilangan beribu-ribu duit dalam akaun,

nahhh ni no tel yang sebenarnya BANK NEGARA MALAYSIA Telefon 60(3) 2698-8044 lepas tu korang cepat-cepat ler buat laporan polis , sbb sindikit tu dah ada maklumat diri kita nama penuh dan no i/c yang betul , bimbang nanti dia akan buat projek lain pulak. Jadi pengundi hantu kekekeke...


pada mulanya aku hampir-hampir terrrr pedaya jugak lerr lya, bila dengar rm 9k sudah keluar kat casino, last-last aku terfikir pasal no bank yg dia beri tu, 03-27884722 ext 1109 ,
aku cuba call dan masukkan ext no lain 1104 hingga ler ker ext 1108 dan aku cuba tekan 0 utk operator, tetapi tak der. bila aku masuk ext 1109 terus jerrr masuk line . hehehehe sudah kantoiii bank negara mana ada satu saja ext no betul tak ?

DAN LAGI SATU, bila aku call no bank palsu tu terus masuk mesin 
 
"SELAMAT DATANG KE BANK NEGARA MALAYSIA, SILA MASUKKAN NOMBOR SAMBUNGAN . itu jerrrrr.....kalau yg original akan cakap " selamat datang ke bank negara malaysia , sila masukkan no sambungan atau TEKAN 0 UNTUK BANTUAN OPERATOR.....

hehehe bank negara cakap ini sendikit dari PENDATANG TANAH BESAR CHINA dgn bantuan dan maklumat dari rakyat tempatan. meraka siap ada skrip lagi . kalau korang tanya lebih-lebih sure berbelit lidah china tu nak menjawab sebab diluar skrip heheheh

aku ada tanya pada sorang polis tu, kenapa x dapat cari no tel dengan alamat sekali, dia cakap sindikit ni x berdaftar dgn telekom, mereka mendaftar di syarikat lain dan no tel tu jenis wireles boleh dibawa kemana-mana. bukan talian kabel macam telekom tapi jenis mobil boleh pindah-pindah.

dan juga kalau dapat alamat pun bila serbu dalam rumah cuma ada set mesin menjawab talifon, dan talian sambungan 1109 tu akan disambung semula keluar negara. bagi mengelirukan pihak polis. dia org tidak beroperasi di dalam malaysia , hanya sewa primis kosong di KL dan letak server atau mesin auto divert. bijak kan?????

no tel BANK NEGARA MALAYSIA yg benar-benar asli 60(3) 2698-8044

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

thanx to mysterious man yang emel kat seluruh kementerian aku pagi tadi, si Cicak Man...so maghilah kite sesame berjaga-jaga....!



ok tu je...bai! 

 

5 comments:

MatahatyCikMentega said...

penah dpt panggilan tsebut! tp dorg yg letak phone sblm kami letak...hahaha....

nadia- said...

better gak gitu..have to be more carefull la pasni ok!

erny shazmina said...

aku br jer kn smlm..siap bg no fon bank negara..nasib baik bila search no bank negara tjumps blog ni..trs col ambank..ambank ckp kalau xda kad krdt jgn layan..alhamdulillah..tp no ic n nama diorang dh tahu, mcm mn tu yer?

Renesmee Smith said...

heeeee..sharing is caring kan..tu la bahayenye sbb dorg da ade nama n no ic kte ni..klo dpt pape yg mncurigakn yg gne no ic n nama kte, report polis la jalan yg terbaek..atleast polis da ade rekod kte psl hal ni kan.. so pape pon pasni beware tau...

Ladyrulz Shinoda said...

salam. saya baru terkena panggilan ini. abis duit. sekarang org di kuantan byk kena. sebijik mcm awak cerita tu. 2012 dan sekarang 2014 saya kena.

PROTECTED

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails